Untukmu Sayang....
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan
menumpahkan cahaya
dibawah
kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan
eurika nostalgia cinta
lama
yang kita palitkan berdua.
Kehadiran mu bersama molekul-molekul
hidrogen
menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku.
Dan kehadiranmu itu
mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta,
singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol,koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.
Kala itu, kita bagaikanNobita dan Sizuka.
Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang
yang tidakdapat dipisahkan.
Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga
ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah
mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma.
Kau pergi jua ketika KualaLumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sayang...
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara
besar-besaran di Lembah Klang.
Pemergianmu menyebabkan aku menghidap
penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.
Ketiadaanmu memaksa aku
memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.
Aku seperti t!idak percaya dengan apa yang telah terjadi.
Aku bagaikan tergelincir dari
orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa,
apabila daya tarikan graviti
terhadapku tiada lagi berfungsi setelah
aku tersungkur dalam percintaan yang
berlarutan hingga ke rubber-set.
Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita
bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan
stlagmit yang bagai sembilu
Kondominium cinta yang kita bina dari
makgat basikal dan kipas helikopter
akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah.
Ternyata sikapmu mulai berubah
bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT
-1 ke ruang angkasa raya.
Sejak itu kau sering melarikan diri
bila terserempak dengan abang iparku.
Akhirnyaaku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk
mengisi masa lapang.
Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah
agar nampak lebih cantik.
Saban hari aku termenung di dalam peti! sejuk
mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang.
Aku cuba bermain badminton
sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya.
Lalu aku membakar mesin basuh dan
membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah
sebagai tanda aku tidak bersalah.=20
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi?
Mengapa setelah kau curi hatiku,
kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku
sehingga kauterbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.
Aku bagaikan terhimpit dan
dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.
Derita yang kau timpakan itu adalah
bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung
bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk.
Dan kini segala
harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan
dihempap oleh Menara Berkembar Petronas
lalu tersangkut di celah landasan LRT
dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.
Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir.
Aku sedar siapa aku.
Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.
Aku bukan McGyver, McDonald's, Supermanatau Kesatria Baja Hitam.
Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kauidam-idamkan.
Aku menyedari kekurangan diri dan
kekurangan kemudahan awam ditempat sendiri.
Tak perlu dikesali lagi kerana
nasi telah menjadi capati dan
tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.
Segalanya sungguhmengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telahpun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Sayang..
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini,
diatas pokok getah ini akutetap menunggu kau akan kembali.
Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks
membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina,
selagi kumpulan Metallica tidak berpecah,
aku tetap menunggumu sehinggalah
mentari terbelah lapan.
Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.
Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu
tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah.
kalau tiang elektrik berbuahnanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
Demi sayangku...
kesayangan abang...
dari:
Abg Sayang
AnA

<< Home