...Mak Nenek...
Ape mcm sume disini? Kabo baik. Dah lame rasenye tk berade disini. Sampai lupe lak canne nk login. Ade ke patut lupe pe username ngan password nk masok kat sini. Ambik kire2 2-3 jam figuring ape username ngan password nk masok blog nie. Hehe! Dah tua rupenye aku ye! Lupe cam mak nenek ;> Hmmm... At last aku dah pon holidae. Tp mcm biase kemalasan aku melebihi batasan. Hehe! Asik tdo je kat umah tp tk cari keje. Mak aku pon kat umah dah leter kat aku suruh keje. Haiz! Skg nie aku tgh countdown gak utk bln puase. Kalo tk silap kire, lagi 11 ari nk puase. Tk sabo rasenye. Eh korg! Pe mcm, tk plan ke gi outing? Tk sabo aku rasenye nk jumpe korg lepas tu gi outing lagi. Ok lar. Sampai disini sajelar.
~yAk~
Untukmu Sayang....
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawahkaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lamayang kita palitkan berdua. Kehadiran mu bersama molekul-molekul hidrogenmenerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itumengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta,singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol,koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikanNobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidakdapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hinggake planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telahmengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika KualaLumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998. Sayang...
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secarabesar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidappenyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa akumemakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti t!idak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dariorbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan gravititerhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yangberlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelitabagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit danstlagmit yang bagai sembiluKondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopterakhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubahbila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnyaaku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untukmengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumahagar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti! sejukmengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badmintonsambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelahsebagai tanda aku tidak bersalah.=20 Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kauterbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dandihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggungbagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segalaharapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dandihempap oleh Menara Berkembar Petronaslalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera.Aku bukan McGyver, McDonald's, Supermanatau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kauidam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam ditempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dantin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguhmengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telahpun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Sayang..
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini akutetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleksmembeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina,selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalahmentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggutiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuahnanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?
Demi sayangku...
kesayangan abang...
dari:
Abg SayangAnA